Magnitud Richter Skala_Richter

Magnitud Richter suatu gempa bumi ditentukan daripada logaritma amplitud gelombang yang direkodkan seismograf (pelarasan dibuat bagi memampas jarak antara seismograf dan pusat gempa). Formula asal ialah:[2]

M L = log 10 ⁡ A − log 10 ⁡ A 0 ( δ ) = log 10 ⁡ [ A / A 0 ( δ ) ] ,   {\displaystyle M_{\mathrm {L} }=\log _{10}A-\log _{10}A_{\mathrm {0} }(\delta )=\log _{10}[A/A_{\mathrm {0} }(\delta )],\ }

di mana A ialah persiaran maksimum seismograf Wood-Anderson, fungsi empirik A0 bergantung hanya pada jarak epipusat stesen tersebut, δ {\displaystyle \delta } . Pada praktiknya, purata bacaan daripada semua stesen pencerapan diambil selepas pelarasan bagi mendapat nilai M L {\displaystyle M_{\text{L}}} .